Thursday, 19 April 2012

Lawatan ke Pos Kota Depok

Kota Depok

 Ucapan Aluan oleh Ketua BidPuan Ibu Anis Byarwati

 Pengenalan kepada Kota Depok oleh WaliKota Depok Dr Ir Nur Mahmudi Ismail

 Menerima cenderahati dari WaliKota Depok


Ustazah Arfah menyerahkan tanda penghargaan dari Malaysia kepada Pak Nur Mahmudi


Bergambar bersamaWaliKota Depok Pak Nur Mahmudi

Bergambar ramai-ramai rombongan Malaysia dan Selatan Thailand dengan WaliKota Depok di hadapan BalaiKota Depok

Wednesday, 18 April 2012

Pesantren Darul Quran Mulia


Acara lawatan kedua pada hari pertama ialah lawatan ke Pesantren Darul Quran Mulia yang membentuk hafiz (diasaskan 5 tahun lalu) dan hafizat (bermula 2 tahun lalu) dengan menggunakan kurikulum yang terpadu.

Melangkah masuk ke kawasan Pesantren
Bergambar di pintu masuk Pesantren Darul Quran Mulia

Ustazah Arfah di sambut oleh Ustazah Rohana sebagai pengelola Pesantren Darul Quran Mulia 


Rak-rak buku dan AlQuran tersusun kemas...
Di antara anak-anak remaja puteri di pesantren Darul Quran Mulia...

Ustaz (suami Ustazah Rohana) menyampaikan tazkeerah mengenai tanggungjawab membina generasi bertaqwa

Foto beramai-ramai rombongan akhawat Ikram Malaysia bersama para panitia dan Ustazah Rohana dari Pesantren Darul Quran Mulia (Puteri)




Monday, 16 April 2012

Suasana di Jakarta

Suasana di Jakarta dan tempat-tempat yang dilawati

Seperti yang sering didengar sebelum ini, jalan-jalanraya di Jakarta selalunya selalu dilanda kesesakan (macet) walaupun, pada pendapat saya, tidak jauh bezanya dengan kesesakan yang kita lihat saban hari di Malaysia di Lembah Klang, terutama di Lebuhraya Persekutuan.


Tapi yang menariknya, walaupun jalanraya kebanyakannya lebih sempit dari di Malaysia, sepanjang berada di sana, saya sama sekali tidak melihat kejadian kemalangan jalan raya (kecelakaan jalanraya). Saya turut memerhatikan hampir tiada kereta yang calar tergores atau kemek. Tahap bertimbangrasa dan toleransi antara pengguna jalan raya sangat dikagumi, dan selalu memberi ruang dan peluang bila ada yang perlu pusing kenderaan tanpa perlu menunjuk reaksi yang marah.

Sunday, 15 April 2012

Perkongsian..



Laporan Program Jaulah

Tarikh: 30 March (Jumaat) – 4 April (Rabu)
Peserta: 17 orang -- 16 akhawat, 1 akh ( Rujuk Lampiran 1)
Tempat: Indonesia

Kesimpulan dan Pemerhatian dari Jaulah
1.       Aturcara
Walaupun acara lawatan dari akhawat Indonesia hanya diterima tiga hari sebelum tarikh berlepas, ternyata aturcara yang disusun adalah padat dengan aktiviti-aktiviti lawatan ke tempat-tempat bermakna dalam PKS, pertemuan dengan kader-kader dakwah yang istimewa, yang terlibat secara langsung dalam pembentukan dan perkembangan PKS. (Sila rujuk Lampiran 2)

Hari pertama rombongan dari Malaysia telah dibawa melawat Sekolah Tinggi Ilmu Dakwah dan Disosat Al-Islamiyah Al Hikmah yang telah berjaya melahirkan kader-kader dakwah untuk jamaah di Indonesia. Selepas mendengar taklimat penerangan dari Pengetua Al Hikmah iaitu Ustaz Ahmad Rofi’ Syamsuri, ahli rombongan telah melihat studio rakaman radio Al Hikmah dan perpustakaannya. Acara ini diikuti dengan lawatan ke Pesantren Darul Quran yang membentuk hafiz (selama 5 tahun) dan hafizat (2 tahun) di dalam kurikulum yang terpadu.

Hari kedua dimulakan dengan pertemuan dengan Bidang Perempuan (BidPuan) PKS.  Dimulai dengan taaruf dengan semua peserta dari Malaysia, Thailand dan tuan rumah, dan upacara serah-terima dari pihak Bidang Luar Negeri kepada Bidang Perempuan, dan perkenalan kepada LK3I (Lembaga Kajian Ketahanan Keluarga Indonesia), suatu kempen mengarusperdanakan institusi kekeluargaan di seluruh Negara Indonesia.

Walaupun tidak berpeluang bertemu dengan Presiden PKS (Ustaz Luthfi Hassan Ishaq) seperti yang dijadualkan, acara lawatan sempat mengisi peluang bertemu dua orang mantan presiden PKS, iaitu Al akh Nurmahmudi Ismail (kini Walikota Depok) dan Al akh Tifatul Sembiring (kini Menteri Komunikasi dan Informatika). Rombongan juga berpeluang melangkah masuk ke bangunan Parlimen Republik Indonesia untuk bertemu salah seorang dari dua Ahli Parlimen wanita dari PKS, iaitu Ustazah Herlini Amran.

2.       Layanan
Rombongan dari Malaysia telah menerima layanan yang istimewa dari tuan rumah, bermula daripada   sambutan dari lapangan terbang (Bandara) dan dihantar ke penginapan di Wisma Makara sehingga ke hari terakhir apabila di hantar semula ke Bandara Soekarno-Hatta untuk berlepas pulang ke Malaysia. Layanan yang terbaik telah diberikan dengan mengambil berat tentang keselesaan dan kepuasan para tetamu dua negara, dengan menjamu makan yang enak dan menyelerakan.

3.       Jatidiri dan keistimewaan akhawat di Indonesia
a.       Tarbiyyah
Kekemasan tarbiyyah yang dicernakan dalam kehidupan jelas kelihatan melalui disiplin dan ketaatan di kalangan ahli PKS yang mengkagumkan.
b.      Kemahiran
Hampir semua akhawat PKS fasih berbahasa Arab, dan terlatih menyampaikan ucapan, setiap kali membuka bicara dengan do’a-do’a dan salawat dengan lancar.
c.       Syakhsiah
Pengorbanan yang tinggi dari segi harta dan tenaga sangat ternyata lantas menghasilkan gerakkerja yang efektif.
Pada masa yang sama, saling bersikap timbangrasa, tawadhu dan bersederhana antara akhawat.
d.      Kesungguhan
Setiap ahli panitia telah menjalankan tugasan mengendalikan tetamu-tetamu dari Malaysia dan Thailand dengan penuh kesungguhan, memastikan ketepatan waktu dan kelancaran program seperti yang dijadualkan mengambil kira jarak perjalanan dan kesesakan jalanraya.
Sebagai contoh para panitia sangat teliti dengan memberi taklimat, seterusnya memberi peringatan dengan membuat panggilan dan mengetuk di bilik-bilik untuk memastikan tiada yang tertinggal atau terlambat.

4.       Peranan Wajihah
 Di samping PKS yang terlibat terus di tengah-tengah masyarakat, beberapa wajihah lain telah diperkenalkan kepada rombongan dari Malaysia dan Thailand, antaranya Salimah, yang berperanan dalam masyarakat wanita dan Rumah Zakat sebagai wadah kebajikan dengan zakat sebagai uslub dakwah dalam masyarakat yang berjaya menawarkan bantuan kepada kaum yang susah dan pendidikan percuma (gratis) kepada anak-anak mereka yang kurang mampu.

5.       Keistimewaan perjalanan
Suasana ukhuwwah yang sedia ada di kalangan peserta menjadi bertambah erat di samping dapat berkenal-mesra dengan para panitia yang ramah-tamah.  Setiap kali sebelum memulakan perjalanan dengan menaiki bas, Ustazah Arfah sebagai ketua rombongan akan memulakan dengan beberapa kalimah nasihat dengan menitipkan beberapa ayat AlQuran untuk difahami dan diselami sepanjang perjalanan.
Walaupun kita mengkagumi akhawat di Indonesia tentang kehebatan mereka, mereka juga mengkagumi kita kerana ramai tetap bersemangat walaupun sudah mencapai lanjut usia (lansia) malah ramai antara peserta dari Malaysia yang sudah mempunyai beberapa orang cucu dan Ustazah Arfah sendiri telah menjangkau usia 63 tahun.

6.       Impak kepada peserta
Semua peserta merasa terkesan oleh program lawatan ini. Pertemuan dengan individu-individu yang hebat yang telah terbentuk oleh tarbiyah menyuntik semangat baru di samping memberi perangsang untuk memperbaiki kualiti diri.

7.       Suasana di Jakarta dan tempat-tempat yang dilawati
Seperti yang sering didengar sebelum ini, jalan-jalanraya di Jakarta selalunya selalu dilanda kesesakan (macet) walaupun, pada pendapat saya, tidak jauh bezanya dengan kesesakan yang kita lihat saban hari di Malaysia di Lembah Klang, terutama di Lebuhraya Persekutuan.
Tapi yang menariknya, walaupun jalanraya kebanyakannya lebih sempit dari di Malaysia, sepanjang berada di sana, saya sama sekali tidak melihat kejadian kemalangan jalan raya (kecelakaan jalanraya). Saya turut memerhatikan hampir tiada kereta yang calar tergores atau kemek. Tahap bertimbangrasa dan toleransi antara pengguna jalan raya sangat dikagumi, dan selalu memberi ruang dan peluang bila ada yang perlu pusing kenderaan tanpa perlu menunjuk reaksi yang marah.